Panduan Mula Bisnes Online
Langkah 1
Tentukan niche anda

Niche ni dalam bahasa mudahnya kita boleh anggap sebagai 'bidang', 'kategori', atau 'market'.
Jadi bila kami sebut anda perlu tentukan niche, ini bermaksud anda perlu pilih apa jenis market yang anda nak buat.
Contoh, kalau anda cakap niche baby, maksudnya anda nak masuk bidang yang serve market dan produk berkenaan baby. Begitulah lebih kurang.
Benda ni penting.
Sebab kalau niche yang anda pilih itu tepat, sangat mudah untuk anda run bisnes anda nanti.
Jadi macam mana nak tahu niche itu tepat untuk anda?
Jawapannya, kami tak tahu.
Hanya anda sahaja yang tahu apa yang sesuai untuk anda.
Tapi sebagai panduan, cadangan kami cari riche yang anda minat, ada kepakaran, pengalaman, dan paling penting, ada demand.
Kebiasannya ramai sifu bisnes akan cakap untuk follow minat anda.
Logik mereka, dengan adanya mint mendalam terhadap satu-satu niche, anda mudah untuk hadap apa jua cabaran yang datang.
Tapi bagi kami, minat sahaja tidak cukup.
Kerana jika niche tersebut tidak ada demand, kemungkinan besar susah untuk anda but duit.

Oleh yang demikian, pilih niche yang anda minat dan juga wajib ada demand untuk and buat duit kelak.
Macam mana nak tahu ada demand?
Anda boleh gunakan tool percuma iaitu Google Trend.


Kalau anda tengok satu-satu niche atau produk tersebut mempunyai graph trend 5 tahun seperti diatas, la bermakna demand sentiasa ada dan konsisten. Boleh cuba untuk bisnes dropship anda.

Masukkan keyword untuk niche tersebut, dan lihat trend tersebut ntuk 5 tahun kebelakang.
Jika anda lihat secara kasarnya, ia semakin meningkat dan konsisten, maka niche tersebut berpotensi untuk diteruskan.
Langkah 2
Pilih produk yang ‘hot' dan berpotensi

Selepas anda dah tentukan niche anda, apa yang perlu anda buat seterusnya adalah cari produk yang 'hot' dan berpotensi dalam niche tersebut.
Ada banyak cara untuk cari.
Untuk jimatkan masa, anda boleh gunakan Supplier Directory untuk cari "hot" produk anda dengan senang. Taipkan produk keyword atau cari category di supplier directory search bar.


Lepas itu, anda akan nampak senarai suppliers yang ada tawarkan produk yang anda cari tadi. Layari website supplier dan buat tinjauan untuk produk mereka.
Kebiasaannya, kami akan pilih produk mengikut jualan terbanyak dalam kategori niche yang kami pilih.
Dan dari situ, kami akan dapat beberapa idea produk yang kami nak buat, dan kami akan letak dalam satu senarai seperti Google Sheets untuk rujukan kami nanti.
Kumpulkan dalam satu senarai.
Cari sekurang-kurangnya 10 produk yang anda rasa boleh pergi dan berpotensi.
Langkah 3
Cari supplier untuk produk tersebut

Lepas dah pilih produk, and boleh hubungi supplier yang benarkan and jual produk mereka terutamanya untuk dropship model.
Kebanyakan supplier di Malaysia mempunyai kedai online terutamanya di platform seperti Website, Facebook, Shopee, Lazada, Instagram dan sebagainya.
Di antara mereka ini terpaksa mengalirkan bisnes offline mereka ke online platform disebabkan ole pandemic Covid-19, sebenarnya ade sebahagian supplier ini tidak ada kemahiran dalam online plakform, mereka ingin mencari ramai agen dropship untuk membantu mereka mempromosikan produk mereka.
Kami memilih supplier kebanyakannya dari platform Shopee sebab platform Shopee memberi Shopee Guarantee untuk pelanggan, memudahkan kerja anda berurus niaga dengan supplier. Anda juga boleh terus menghubungi Supplier atau mengunjungi kilang mereka jika perlu.
Kebanyakan supplier 'welcome' semua agen dropship berurus niaga dengan mereka kerana agen-agen in dapat mempromosi barang-barang mereka dengan cepat & tepat.

Sebaliknya, ramai agen dropship juga suka berurus niaga dengan supplier di Shopee kerana mereka mendapat jaminan daripada platform Shopee. Di samping itu, mereka juga tidak perlu simpan stok, cari logistic, pack produk, mengirim produk dan sebagainya.
Harga bukanlah faktor yang utama dipilih oleh pelanggan. Anda boleh perhatikan bahawa platform Shopee dimana jualan produk yang murah tidak sehebat dengan harga produk yang lebih tinggi. Ini bermakna, kalau anda mempunyai servis yang bagus, tahu cara & strategik bagaimana menarik 'traffic' ke online platform anda, pasti anda juga akan mencapai jualan yang lebih tinggi.

Bagi tahu supplier, anda nak jadi agen dropship mereka. Anda boleh menghubungi mereka melalui telefon, email atau chatbot.
Contohnya:
  • Saya ingin menjadi agen dropship kedai anda, nak dropship barangan kedai anda.
  • Apakah prosedur nak dropship produk kedai anda?
  • Saya adalah online seller, bolehkah saya jadi agen dropship kedai anda?
Kalau mereka tidak faham apakah itu agen dropship, anda boleh bagi tau mereka seperti begini:
"Saya adalah online seller, saya akan order produk dengan anda anda menghantar produk itu kepada pelanggan saya. Nama, alamat & nombor telefon penerima itu diletakkan maklumat pelanggan saya No Tag & No Receipt please."
  • Dengan cara dropship, anda cuma mempromosi produk, supplier akan menghantar produk kepada pelanggan anda
  • Kalau anda ingin mendapat margin keuntungan yang lebih tinggi, anda boleh buat Produk OEM, import produk dari luar negara terutamanya Negeri China, but packaging & jenama sendiri, pesanan secara pukal dan sebagainya
  • Untuk mengelakkan konflik berlaku, pengurusan atau prosedur order dengan supplier mestilah jelas dan teliti seperti
    • Bilakah penghantaran akan berlaku selepas pesanan produk dibuat?
    • Bila akan bagi AWB (Air Waybill)?
    • Kalau produk rosak, tak betul, salah warna dan sebagainya, apakah cara untuk mengatasinya?
Langkah 4
Jual produk anda di marketplace atau website sendiri

Bila kita sebut bisnes online, anda boleh jual produk anda di online marketplace seperti Shopee, Lazada, Carousell, dsb atau di website anda sendiri.
Di sini, biar kami kongsi dengan anda apa kelebihan dan kekurangan kalau anda ingin jual produk anda di online marketplace.

Kelebihan online marketplace:
  • Lebih mudah memulai.
  • Hanya perlu modal minimal.
  • Sistem telah tersedia.
  • Pasaran sudah terbentuk.
Kekurangan online marketplace:
  • Persaingan tinggi dengan kompetitor.
  • Margin keuntungan terhad.
  • Tidak dapat melakukan retargeting.
  • Susah untuk membina branding sendiri.
  • Kedai online bukan milik anda.
  • Susa collect customer database.
  • Polisi ditentukan oleh pihak ketiga.
Kalau anda nak run long-term bisnes, kami memang galakkan anda bina website sendiri. Ramai e-usahawan yang berjaya memang mempunyai website tersendiri.
Di sini, kami juga akan kongsi kelebihan dan kekurangannya supaya anda boleh rancang untuk mulakan bisnes online dengan teratur.

Kelebihan bina website sendiri:
  • Anda adalah pemilik website. Tidak perlu bergantung kepada pihak ketiga. Anda tentukan polisi sendiri.
  • Boleh membina branding sendiri.
  • Boleh melakukan strategi retageting & pemasaran dengan lebih flexible.
  • And boleh tentukan margin keuntungan yang lebih tinggi
  • And boleh collect customer database dengan senang.
Kekurangan bin website sendiri:
  • Perlu sedikit modal untuk bina website (hosting & domain)
  • Kemahiran teknikal diperlukan.
  • Perlu bina 'traffic' & strategi pemasaran sendiri.
Pendek kata, website ini umpama premis atau kedai anda di dunia online.
Dan dengan adanya website, pelanggan lebih konfiden untuk membeli.
Malah pembekal juga akan nampak ada serius berniaga.
Tapi, anda jangan main buat sahaja website.
Anda perlu website yang direka khas untuk menjual, dan mempunyaifungi pengurusan jualan online.
Website jenis in orang panggil web e-commerce.
Bagi anda yang nak buat web e-commerce, kami cadangkan anda boleh guna platform seperti WordPress.org (WP). Ini kerana dalam WP platform mempunyai banyak theme dan plugin yang percuma dan mesa pengguna.
Dalam masa 60 minit pun anda boleh siapkan satu web e-commerce yang professional.


Tapi kalau anda tak ada kemahiran teknikal, anda boleh upah orang.
Kebiasannya satu web e-commerce berharga RM 1500 dan katas, bergantung kepada berapa jumlah produk dan kerumitan fungsi yang anda inginkan.
Langkah 5
Promote kedai dan produk anda pada audien sasaran

Dah siap kedai e-commerce anda? Cun!
Sekarang dah tiba masa untuk anda 'tarik' orang mask kedai anda.
Anda pelbagai strategi dan taktik pemasaran yang anda boleh guna secara online.
Tapi sebagai permulaan, saya nak anda fokus kepada platform pengiklanan berbayar dari Facebook.


Contoh Facebook Ads yang anda mungkin biasa nampak bila main Facebook.

Kenapa Facebook?
Sebab kemudahan pengiklanan dari Facebook sangat efektif dan mesa pengguna.
Dengan pangkalan data pengguna yang sangat bear, boleh dikatakan hampir semua jenis manusia ada disitu.
Dan dari situ, anda boleh paparkan iklan kepada orang-orang yang anda inginkan dengan lebih tepat, pantas, dan jika anda mahir, sangat menguntungkan.
Namun begitu, disebabkan terlalu ramai yang beriklan dan berniaga online sekarang, and perlukan sedikit kemahiran dan kreativiti untuk jadikan kempen pemasaran anda berjaya.
Oleh sebab itu, anda pergi belajar bagaimana untuk but. Di sini, kami dah sediakan Panduan Lengkap untuk FB Ads (ebooks dan video tutorials) untuk anda belajar.
Percayalah, ia tidak sesusah mana bila anda dah mula belajar dan buat.
Langkah 6
Mudahkan pelanggan untuk berhubung dengan anda

Last but not least, pastikan anda sediakan tempat untuk bakal pelanggan, ataupun pelanggan berhubung dengan anda.
Saya tengok di Malaysia, kebanyakan pembeli lebih gemar untuk chat dahulu dengan penjual sebelum but keputusan membeli.
Kadang-kadang benda yang ditanya semua dah ditulis, tapi masih nak bertanya.
Pelikkan?
Sebenarnya, mereka bukan tak faham atau tak baca apa yang anda tulis, tapi mereka sebenarnya tak percaya lagi dengan anda.

Oleh sebab itu, anda perlu mudahkan mereka untuk berhubung dengan anda.
Jika anda but web e-commerce, anda pastikan ada fungi chatting.
Ada banyak apps atau plugin web e-commerce anda boleh gunakan.

Dan paling best, mereka juga boleh terus but pembelian dari dalam messenger itu sendiri.
Menarik kan?
Buat hari ini. Kalau boleh buat sekarang!
Gunakan langkah yang kami kongsikan di atas sebagai satu panduan.

Lepas dah study make sure but. Dan kami yakin kalau anda buat tindakan pantas, hasilnya pasti pantas.
Jangan takut untuk gagal. Sebab gagal itu adalah proses untuk berjaya.
Akhir kata, kami doakan urusan dan kejayaan bisnes anda dipermudahkan.
Pembekal Supplier List Terunggul Di Malaysia
Platform Terbaik Untuk Belajar Dan Meningkatan Jualan Di Bisnes Online Anda.
We are here to share our knowledge and create an opportunity for everyone to learn and start up your own online business. Be it part time or full time. Subscribe and learn now!

© 2021 dropship-library.com. All Right Reserved.